Friday, 26 December 2014

Setahun Sudah !

 
semua yang berlaku telah diaturkan olehNya . 8 Disember 2014 , yaaaa , genap setahun aku berkerja .
terasa sekejap sangat masa berlalu . tapi kawan yang masuk saing aku , ada yang dapat tawaran pekerjaan lain , mungkin yang jauh lebih baik dari sekarang ni. orang tengok kerja bank ni mungkin awesome tapi actually bergantung kepada diri sendiri . banyak cabaran dan dugaan yang aku kena tempuh .
setiap hari akan ada benda baru yang berlaku . trust me !
 
kerenah pelanggan tak semestinya semua baik . nak ikut kemahuan mereka bukan satu benda yang senang .
its so hard ! kadang kadang rasa tertekan sangat . tapi semua pekerjaan ada risiko jugak . aku pun baru lagi dalam bidang pekerjaan ni and i hope i'll get used with my new life . amin :)

meh belanja gambar sikit mehh.. hihihihi
 







setakat ni jela coretan buat kali ni . mungkin entry selepas ni akhir tahun depan pulak . nampak tak betapa tak sempatnyaa aku . hihihi . 
k assalamualaikum ^^



..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Sunday, 1 June 2014

Pusat Pembelajaran BSN

Haii semua !!! I’ve been so long didn’t update my entry . sorry u guys . I miss my blog so much . I just don’t have enough time to update . actually I have soooo many things to share in here . but it will take to much time for me to type . hehehe .

Entry yang lepas anis update about kerja right ? and slepas 1 bulan lebih kerja  , anis kena pergi course kat bangi for 4 weeks . terlalu banyak benda yang mengajar anis masa kat sana . kenangan suka dan duka semua ada kat sana . nasib menyebelahi kami semua sebab ada raya cina so kitorang diberikan pelepasan untuk balik kampung , kalau tak memang berkampung kat sana lahhh untuk sebulan . huhuhuhu .
Naik je cuti raya cina kitorang ada test , anis tak dapat high score . tapi lulus . Alhamdulillah . and last day , ada test lagi sekali . and u know what . I got full marks ! 100% . hihihihi tak sangka rasanya . finally dapat balas dendam untuk test yang lepas . before blik kampung and berpisah dengan kawan2 yang satu course , ada majlis perpisahan . and of course lahh ada sesi menangis semuaa . I’ll miss all of you !! ni ada lahh sikit gambar untuk kenang kenangan . J













..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Saturday, 21 December 2013

MY NEW LIFE


Alhamdulillah dua minggu telah berlalu . kini anis dalam alam pekerjaan . seronok ? hmm , tah lahh maybe terlalu cepat sangat masa berlalu . tak sangka akan dapat kerja lepas habes STPM ni . apa-apapunn this is what we call  rezeki , kan ? so , anis terima dengan hati yang terbuka . hari 1st kerja dekat wisma maria tu , biasalahh sesi suai kenal dengan staff-staff kat BSN tuhh . penat jugak asyik ulang benda yang sama . setiap kali masuk bilik , mesti diorang suroh kenalkan diri .

1st : NAMA SAYA NORHAZWANI HANIS BT ABU MANSOR
2nd : SAYA BERASAL DARIPADA BATU PAHAT
3rd : JAWATAN SAYA ADALAH TELLER

Hahaha . kalau dikira-kira dekat berbelas kali jugak ulang benda tuhh . kelakar je bile diingat balik . second day jumpa dengan pengarah negeri a.k.a my boss . nasib baiklahh dia sempoii , so okay lahh . hihi . then , teller-teller baru tak boleh kerja kat kaunter lagi sebab belom pergi kursus . so , buat mase ni kitorang kena buat promotion tarik customer tukar kad BSN yang lama kepada yang baru and lebih banyak benefits . this is the new card . anis suka tengok sebab nampak more elegent then before .


first time buat promotion mestilahh berdebar-debar , takot salah bagi informasi ,  habes kena marah . so , kenalah banyak bertanya kan ??? setakat ni , dah dua minggu buat promosi . ari khamis dengan jumaat lepas (19 & 20 dec ) , anis dengan sorang lagi teller baru macam anis kena praktikal dekat kaunter . so kitorang tengok jela apa yang teller tu buat . Nampak macam susah tapi anis tak try lagii . insyallah lama-lama okay nanti . amin .

penat jugak rupanya kerja ni . anis bangun pukul 6 pagi . siap2 then pukul 7 lebih dah gerak pegi kerja . nasib baik makcik ponn kerja dekat je dengan wisma maria tu . so senanglahh . pergi & balik naik makcik . insyallah dah stabil nanti anis nak beli kereta . hmm kereta apa ek ? kereta idaman anis , vios . tapi tengoklah bajet camne nanti . dah ada kereta nanti senang tak payah nak susahkan orang lain . balik ponn tak lambat .

bulan January ni maybe teller-teller baru akan pergi kursus kat bangi . tengoklahh , tak dapat tarikh yang tepat lagi . lepastu baru lahh dapat posting . harap dapat kat JB cause all of my aunties stay there . harap semua dipermudahkan oleh-Nya . salam sayang daripada anis buat kawan-kawan kat kampung . sorry kalau jarang contact , anis busy . bile balik je mengantukk . iron baju terus tidoo . tu jela rutin harian . hehehe . nanti bila free kite lepak-lepak k ?? insyallah . k la , got to go . korang belajar rajin-rajin .



..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Wednesday, 27 November 2013

Alhamdulillah Ya Allah

fuhhhhhh !!!! banyak nye sarang-sarang kat blog anis ni . almaklumla dah dekat berapa bulan anis tak update. busy busy dan busy sangat sangat . alhamdulillah anis dah berjaya menamatkan zaman persekolahan dengan jayanya . STPM , bukan satu benda yang mudah . memerlukan semangat yang kental , even subjek yang kami ambil hanya 4 subjek sahaja . terasa macam ambil 14 mata pelajaran . exam STPM kali ni just for 2 days . 7hb nov and 14hb nov . satu hari dua subjek . and dah habes dah ponn . finally !!!! cukuplah 13 tahun anis sekolah . sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja . hahahaha .
okayyy tettt !!!! tutup cerita pasal STPM . malas nak pikir lagi . haaaa ada story mory baru nak share niii . tak tahulah kalau ada yang sudi nak baca enty anis yang tak berapa nak interesting sangat ni . okayyy , cerita nya camni . anis ada kenal sorang abang yang kerja kat BSN senggarang . time kenal ni dia masih kerja kat cawangan senggarang lagi . *sekarang dah pindah kat muar . soo, lepas je habes exam aritu , anis saje saje je tanya kot kot ada kerja kosong kat BSN . and he told me that memang sekarang BSN tengah cari pekerja bahagian teller (kaunter) . dia suruh anis buat resume and photostat sijil-sijil yang patut . next day , anis jumpa dia kat Batu Pahat nak bagi resume tuhh . sekali nak tengok sedara kat hospital eksiden . masa tu hari sabtu .

okay , then hari selasa anis dah dapat panggilan suruh datang temuduga . wahhh cepat tak cepat . tak sempat nak berehat . masa dapat panggilan tu anis kat PICC , abang konvo . terkejut betul masa tuhh . and of course lahh takut . tak pernah pergi temuduga pon sebelum ni . paling tak boleh bla interview hari khamis minggu tu jugak . nasiblah interview kat JB je . terus cepat2 anis call my hubby and dia nak tolong hantakan .

hari khamis 21.11.2013 , hari yang ditunggu-tunggu . sampai je kat situ , anis kena naik bangunan & interview nya kat tingkat 5 . interview bahagian teller ada dalam 20 orang jugak . tunggu punya tunggu turn kitorang start pukul 10 lebih , bayangkanlah kitorang kena datang pukul 7.45 pagi . pukul 10 baru start , tu pun ujian bertulis . interview dengan pengarah belum lagi . siap je ujian bertulis , kitorang boleh rehat sampai pukul 2 petang . anis just rehat makan roti sebab takde kedai makan yang dekat area situ . sob sob , sedihnya !!!!!!!!! 

pukul 2 tu , again .... kena tunggu lagi untuk interview dengan pengarah . turn anis pukul 5 petang . fuhhhh lama sangat tunggu . dahlah kecut perut masa tuhh . masuk dalam bilik interview tu berlima . tapi dia tanya sorang-sorang . penemuduga tu ada 3 orang . huhuhu . takut jugak masa tuh , tapi bila tengok dia sempoi je anis pon hilanglah rasa gugup . alhamdulillah dapat harungi dengan baikk . haa , masa dia tanya , kita kena jawab dalam english . anis hentam jelaa . janji speaking .

28.11.2013 i got this job ^^ tak tergambar dengan kata-kata happy nya macamana . apa yang ada dalam kepala masa dapat panggilan dari BSN , is my mom . mesti mak happy . anis kena kerja kat JB dulu untuk bulan 12 ni . then bulan 1 kena pergi kursus 3 minggu then baru lahh betul2 kerja . really hope i can do my best . insyallah .
dengan ini , bermulalah hidupku untuk mengharungi liku-liku dan cabaran-cabaran dalam kehidupan and jauh dari family of course . kuatkanlahh hati ini . amin .

..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Friday, 13 September 2013

I LOVE YOU MOM..


Okay assalamualaikum semua. Agak lama anis menyepi, maklumlah takde benda yang nak di update tambahan pula dengan bebanan assignment untuk dua subjek (geografi & ekonomi) lagilah tak sempat dibuatnya anis nak story mory kat blog nieyhh. Hehehe. Alhamdulillah semuanya dah siap. Tinggal wat presentation je. Harap harap anis tak terpilih masa pembentangan dengan orang luar. *AMIN. Lemah lutut nak jawab soalan diorang nanti.

Ekonomi anis pilih tema 1 and my title is GUNA TENAGA MENGIKUT SEKTOR DI MALAYSIA. Fuhhh, mula mula memang tak paham jugak. Apa benda tuhh? Last last paham jugak. Jenuh nak buat ayat. Geografi pulak anis and the geng pilih tajuk KEGAGALAN CERUN. So, tajuk ni lebih kepada buat ayat. Cari proses, faktor, cadangan, bentuk bentuk cerun dan lain lain. Hehehe. Heavy jugak form6 yang baru ni. Macam macam nak kena buat. Kalau tak ye ye fed up jugak. Hmmm sekarang ni fikir nak masuk university jekk.

INSYALLAH ^^

Tutup cerita pasal form 6, sekarang ni kenapa dengan lirik lagu kat atas tu??? Hihihi. Lagu ni buat anis teringat mak anis. SAYANG MAK!! Mak banyak berkorban dalam family lepas abah meninggal. Walaupun banyak benda yang mak kene handle sorang2 tapi mak kuat. Anis harap sangat allah panjangkan umur mak. Anis nak balas semua jasa mak. Cuba korang download lagu tu and hayati lirik lagu tu. Mesti korang menangis. So, hargailah ibu-ibu korang. Mak Cuma ada satu je kat dunia ni. Jangan buat dia menangis sebab sikap kita. Okay ??? ^^

That’s all for today’s entry. Just want to share about this lovely lyrics. Hope all of you will find this song okay. Be a good son/daughter. Make our mom proud of us. Insyallah.









وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Friday, 16 August 2013

SALAM AIDILFITRI

memandangkan semua orang masih dalam mood berhari raya, anis nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ni. hari tahun ni alhamdulillah agak meriah berbanding tahun-tahun lepas sebab semua adik-beradik mak berkumpul kat kampung cuma 2 family je yang tak join. sebab balek kampung mertua. tapi papeponn pagi raya tu tetap meriah.

ni baru je sebahagian, tak semua yang masok, aduhh huru-hara betul. HAHA. pagi raya tu, lepas lelaki balek solat raya, kitorang semua berkumpul mintak maaf. asal time tu mesti rasa nak menangis. huhu. okay tutup cerita. bawah ni pic famiy anis. 5 beradik, sorang mak.
lepas mintak maaf, mestilahh aktiviti wajib pulak which is snap ! hehehe...
that is my cousin. kami sebaya. lahir tahun 1994. lagi bertambah seronok kalau dia balek. asyik gosip je kejenya. hihi.
hihihi, entry kali ni tak banyak celoteh. just banyak upload gambar jek. hehe. okay ni pic last. salam aidilfitri daripada kami berdua. ^_^

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Tuesday, 16 July 2013

SEMESTER 2 !!!

okayyy , sebelum aniz nak celoteh aniz rasa bersyukur sangat sangat . terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak bagi sokongan . tak lupa juga kat mak and family aniz . 15 julai 2013 is an important day for stpm candidate . hari tu result untuk semester 2 keluar . malam tu tak rasa sangat ketakutannya . esoknya fuuhhhhhh tak tahu nak cakap macamane . bercampur baur . sampai je sekolah , macam biasalah . aniz tolong handle perhimpunan pagi tu . naseb baek bukan turn aniz jadi MC . so , tak busy sangat . habis je perhimpunan , semua naek kelas masing-masing . sampai je kelas , semua dah sibuk tengok result masing2 . macam macam reaksi . suka , sedih , excited . 

bila diorang check , ada yang dapat A . aniz mula2 takut jugak nak check . tapi nak tahu jugak result . HAHA . gedik . bismillahirahmanirrahim . STPM RESULT 94070401**** hantar 15888 . *beep beep . tengok je result .... ALHAMDULILLAH . A- B+ B+ B- . akhirnya dapat jugak naikkan pointer sebelum ni . paling meriah sekali bila kawan sekelas dapat 1A 3A- . papeponn aniz bersyukur sangat . 

masa dapat result semester 1 dulu , memang harapan musnah hancur berkecai . dah jadi debu agaknya . ada jugak niat nak benti dari form 6 . tapi nasihat dari mak , habeskan je form 6 ni sebab dah tinggal sikit je lagi . so , ikot jelahh . ada jugak mengada2 isi borang upu . and dapat pulak tu . course PENGURUSAN MAKLUMAT , kat UITM SEGAMAT . pikir2 balik betol jugak cakap mak . teruskan jelahh .

so , sebelum buat pape , pikir lah baik dan mana buruk . setiap orang mempunyai masa depan yang tersendiri dan allah dah aturkan yang terbaik untuk kita . so , just buat yang terbaik . insyallah .
TERIMA KASIH YA ALLAH . sayang mak ! hehehe .

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

 
copyright@segala yang tercatat di atas semuanya Hak milik Cik wAniE