entry kali ni anis just nak share experience pegi tempat orang. tak jauh tak dekat. kat kelantan je. first time pegi sane sebab anta sepupu kawen. seronok and penat. sebab 12 jam dalam bas, memang tak selesa, sakit badan jugak dibuatnya, tapi semua tu kenangan. kalau tak bile lagi lah agaknya anis dapat sampai sane.
semua yang pergi family seblah mak. kitorang semua bertolak hari jumaat malam sabtu, 22 mac 2013. then, solat subuh kat terengganu pastu sarapan kat sane jugak. ni gambar muka tengah ngantuk.
lepas siap sarapan, kitorang gerak ke ketereh, kelantan. dalam pukul 12 sampai kat homestay nye. samai je terus siap2 sebab lepas zohor majlis akad nikah nye. fuhh, penat tak penat.
ni no. bilik anis satu family kat homestay tuh. best tempatnye. unik. bawah ni pulak gambar mase majlis akad nikah.
pengantin perempuan, akak irda :)
okay, tutp cerita story pasal akad nikah, siap je majlis. malam tu siap2 pulak nak pegi shopping kat pasar che yeh. mmg pent sangat tapi best jugak la. banyak barang yang murah2 banding kat johor ni.
esoknye pulak, majlis makan damai. paling best ada marshmallow coklat! anis ambek banyak sangat. benda percuma kan? ape lagi, bukan slalu dapat makan. hehehe.
after majlis ni kitorang pegi masjid beijing, solat zohor and tukar baju. then , pegi shopping lagi kat pasar bebas cukai kat rantau panjang. memang murah gile banding dgn johor. rugi sangat sebab tak bawak duit banyak, maklumlah student lagi kan. malam tu stay je kat homestay. penat berjalan satu hari.
finally, the last day, isnin 25 mac 2013, bertolak balik. tapi tak terus balik. pegi singgah pasar payang dulu. masuk ni kali ke 3 anis pegi sane. sutera2 kat situ memang cantek, tapi duetnye pun cantek. hehehe...
then , destinasi terakhir, marang. beli keropok lekor. anis beli sata ikan. sedap sata ikan kat sane. isinya lain. memang seronok. pengalaman yang tak dapat dilupakan.
sampai batu pahat pukul 3 pagi. and esoknya anis ada kelas tambahan. tido 3 jam je :(
huhuhu sedih2 . papepun kelantan and terengganu best !