assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih .
entry kali ini saya nak berkongsi kisah benar mengenai seorang pemimpim Islam
yang dilaknat Allah s.w.t di atas pembaharuan dan juga pemodenan
yang dilakukannya yang jelas ingin menjahanamkan dan melenyapkan Islam .
Nauzubillah .
siapa yang tidak kenal dengan mustafa kamal ataturk .
beliau digelar bapa pemodenan turki dan namanya terkenal di seluruh dunia islam mahupun barat .
Beliau dah mencetuskan Gerakan Turki Muda dan berjaya jatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah .
namun kenaikannya bukan menaikkan nama islam tapi jadi tali barut agen laknatullah
dalam menghancurkan Islam .
sejarah telah membuktikan rekod buruk mustafa kamal sejak kecil lagi . ada yang berpendapat mustafa kamal adalah seorang anak luar nikah yang dah dirancang oleh yahudi untuk meruntuhkan islam sejak mustafa kamal kecil lagi beliau ingin mendidik anaknya dengan sistem barat .
keburukan mustafa kamal terserlah apabila beliau tak berminat dengan ajaran islam dan sering menentang guru2 agamanya dan sebaliknya berminat tentang cara pendidikan barat , maka tak pelik kalau beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja kristian selepas kematian bapanya .
Di sini bermulanya usaha mustafa dalam memusuhi khalifah uthmaniyah dan agama islam .
dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera , beliau mengingatkan rakan2 pegawainya agar tak tertipu dengan agama Islam . ' Republik Turki' yang diimpikan oleh ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan beliau jadi ketua negara yang pertama pada 20 oct 1923 .
antara pembaharuan yang dilakukan oleh ataturk :
- sistem khalifah islamiah mesti dihapuskan
beliau mengguna pakai perlembagaan turki baru menggantikan yang lama . syarat2 perjanjian tersebut jelas menunjukkan beliau anti-Islam . beliau cuba menghapuskan sistem khalifah islamiyah yang telah wujud sejak dulu dan taknak laksanakan syariat Islam serta laksanakan sistem pemerintahan ciptaan barat kristian .
- menukar peraturan syariat Islam dengan undang2 barat
- memisah dan mengasingkan urusan agama dengan politik dan negara
- azan ditukar dalam bahasa turki
- al-quran dicetak dalam bahasa turki
tindakan ini merupakan satu jenayah besar dilakukan oleh beliau .
- memaksa perempuan membuka dan mendedahkan aurat
- ditukar hari cuti umum kepada hari ahad
- menghapus penggunaan kalendar islam dan menukarkan huruf arab kepada huruf latin
- menggubal undang2 perkahwinan berdaftar berdasarkan undang2 barat
- menukar masjid ayasophia kpd muzium , ada sesetengah masjid dijadikan gereja
- menutup masjid serta melarang daripada solat berjemaah
- menyerang islam secara terbuka dan terang-terangan
- agama islam digugurkan sebagai agama rasmi negara
Allah itu maha adil, di saat kematiannya allah menurunkan beberapa penyakit sehingga ataturk merasakan terseksa dan derita . antaranya didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal2seluruh badan , sakit jantung , penyakit darah tinggi , panas sepanjang masa , dan tak pernah berasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan pihak bomba supaya menyiram rumahnya 24 jam . pembantu2 nya diarahkan meletakkan ketulan2 ais dalam selimut untuk menyejukkan beliau .
beliau dihantar ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan berasa sejuk . Allah itu Maha Besar , panasnya itu tak juga hilang ! pada 26 sept 1938 , beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan dan apabila sedar , beliau hilang ingatan.
9 november 1938 , beliau meninggal dunia . sewaktu beliau meninggal , takde seorang pun yang memandikan , mengkafankan dan menyembahyangkan . tidak cukup dari itu , allah tunjukkan lagi balasan ketika mayatnya semasa dibawa ke tanah perkuburan . bila mayatnya hendak ditanam , tanah tidak menerima .
disebabkan putus asa , mayatnya diawet dan dimasukkan ke dalam muzium . selepas 15 tahun , mayatnya hendak ditanam semula tapi bumi tetap tidak menerima mayatnya . habis ikhtiar , mayatnya dibawa ke atas bukit ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 tan . mayatnya ditanam di celah2 batu marmar . apa yang menyedihkan , ulama2 sezaman dengan kamal ataturk mengatakan ' jangankan bumi turki , seluruh bumi allah tidak menerima kamal ataturk ! '
inilah makam mustafa kamal ataturk yang hanya dikebumikan di celah kepingan batu marmar kerana jasadnya tidak diterima bumi allah .
cara kematian yang allah datangkan pada ataturk ini sama spt allah lakukan kepada pemimpin2 zalim terdahulu seperti firaun , dan namrud . allah hanya menggunakan air laut utk menenggelamkan firaun dan seekor nyamuk utk membunuh namrud . NAUZUBILLAH ..
nice jgn jdi mcm tu pedoman dalam hidup jdi pemimpin memegang kuat akidah islamiah .
ReplyDelete