Friday, 23 November 2012

holidays ~

assalamualaikum ..

entry kali ni anis nak share program yang anis buat sepanjang cuti ni . takdelah menarik sangat ,
tapi bolehlah.

10 NOVEMBER 2012 : anis dengan adik ikot makcik pergi jb . saje nak jalan2 sane . dah sampai kat jb, keje anis online manjang . untung sangat ada wifi ! hehehe . dapat jugak anis download movie . anis kat sane 5 hari . sepanjang tu lah , adek kat kampung msej cakap mak demam . ish , serba salah pulak rasanya .

14 NOVEMBER 2012 : anis balek kampung naek my hubby . untung dia keje haritu , dia balek kerja boleh anis tumpang sekali . he pick me up at terminal larkin . sementara tunggu dia . anis pon belilah jajan pe yang patut . LAPAR ! hehehe . lepas dia amek , anis dengan adek stay kat rumah sewa dia kat kampung melayu . tkjut jugak anis , adek2 dia pun ada jugak , nena & boboy . then , si dia sambung kerja balek . tunggu punya tunggu dia balek kerja dekat pukul 8 malam . anis kat dalam rumah tu dah bosan tahap gaban dah . adek boleh tinggalkan notebook kat kereta pulak . hadoii . terpaksalah dengar lagu je kat fon , tu pon bateri dah nak kong . kteorang siap2 then pergijalan2 pusing jb . tak pergi mana pun , just singgah danga and uptown kot , pe tah namanya . huhuhu . teruja nampak kapal kat tepi laut tu . CANTIK !


jalan punya jalan, sampai rumah pukul 2 pagi . naseb mak tak bising sbb anis dah gtau awl2  :)

17 NOVEMBER 2012 : cameron mari !! hehehe . ala tak jaln2 mane pon kat sini . dapatlah juagk pergi ladang teh , MARDI and pasar berinchang . then terus balek . paling pnting dapat makan strwberi bersalutkan coklat . aww ! so owesome .


19 NOVEMBER 2012 : tarikh ape nih ?? okay sebenarnya masa ni keluar result UPSR . and my sis got straight A's . tak sangka anis . anis dulu pon just dapat 3A2B . mak ?? mak sangat2 gembira masa ni . my sis rileks je , macam takde perasaan . hadoii , dia ni pelik2 jek .


congratez my dear !


hehehe . comel tak adek anis ?? ni pic mase dia umur 7 tahun .


actually , cousin anis pon dapat 5A jugak . nurin nadia . congratez to u too :)
ye , adek anis memang kecik je orangnya . sebelahnya tu lah nadia yang dapat 5A jugak .

22 NOVEMBER 2012 : masa ni kat rumah mak cik ada buat majlis kesyukuran sikit untuk adek2 yang dapat 5A nieyh . hehehe . seronok sangat dapat jumpa cousins . walaupun balik hari tapi seronok sgt . ni lah pic kami bila dah snap !


actually , dua orang yang pakai baju purple tu sebaya . and anis sebaya dengan yang pakai tudung coklat tuh . dia skrg kat USIM . amek kos sains komputer kot kalau tak silap .

okay seyakay ni jelah . penat menaip . assalamualaikum :)







..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Tuesday, 13 November 2012

ujian dalam kehidupan

assalamualaikum w.b.t 

siapa yang pernah merasakan putus dalam percintaan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas."

Aneh sekali derita sakit putus cinta ini... benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:

"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri.

Benarlah kata orang: "Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."

Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.

(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang 'frust' dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani 'memperkosa' kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.

Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.

Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan.

Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang 'syok' bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah... kita tetap ada Allah.

Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.

Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah; 

"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."

Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah.

Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, "mengapa aku terpaksa menanggung derita ini." Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter... ter... segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, "ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?"

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah.Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada... kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, "Tuhan ada!"
Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah.

Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.

Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, "mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya." Cubalah fikirkan... siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir...

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir... barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, "Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!"

Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan.

Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama 'orang' yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya.

"Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu."

"Allah ganti yang lebih baik."

"Tak sangka, kami akan serasi begini."

Begitulah suara-suara 'testimonial' daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).

Ya, pada waktu 'terkena' dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!

Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai 'mata rantai' yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah 'sekolah' yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham 'pelajaran' yang dibawa bersamanya.

Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang.

Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan 'frust' berkali-kali.

Semasa kita di peringkat remaja ada 'pelajaran-pelajaran' tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar.

Apakah 'pelajaran-pelajaran' itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya?Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja.Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I'm not a girl but not yet a women)
Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.

Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi. 

Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap.

Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.

Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada 'pelajaran' yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca 'mesej' yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka.

Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.

Jadi langkah pertama supaya remaja 'lulus' dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka.

Frust cinta hakikatnya adalah 'guru' yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.

Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, "apakah pelajaran yang disebalik semua itu."Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan.

Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah 'mehnah' – maksudnya didikan terus dari Allah.

Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan.

Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.

Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.

Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi 'tujuan' di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita?

Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati 'kekasih hati' agar dia sentiasa setia.

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, "we cannot  direct the wind but we can adjust our sail." Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi 'Tuhan". Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam 'sekolah' kehidupan mereka.  

Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang.

Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi... maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan... Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.

Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, "belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air."

Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, "Jangan gergaji habuk kayu!" Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!

Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena.

Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup .ada masa senang, ada masa susah.

Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati... ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar.

Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa... ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah.

Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan...

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan 'cuaca' kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu.

Fahamilah hakikat ini.

Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!

Sematkan di hati kata pujangga ini: "Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!"


note : allah dah tetapkan jodoh yang terbaik untuk diri setiap umatNya . 
#harap dapat seorang suami yang dapat memimpin ke SYURGA . amin :)

lots of love - 


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

flavors.me

assalamualaikum ..

entry kali ni anis taknak cakap banyak sangat just nk gtau anis baru je buat akaun flavors.me  ...
blh tekan kat link ni http://flavors.me/haniezhazwani#_ ..
jakun and excited siket , mklumlh bru buat . hihihi . so , jgn lupe follow twitter and add my fb okay !

lots of love : HANIS
..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Saturday, 10 November 2012

mustafa kemal ataturk

assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih .
entry kali ini saya nak berkongsi kisah benar mengenai seorang pemimpim Islam
yang dilaknat Allah s.w.t di atas pembaharuan dan juga pemodenan
yang dilakukannya yang jelas ingin menjahanamkan dan melenyapkan Islam . 
Nauzubillah .

siapa yang tidak kenal dengan mustafa kamal ataturk .
beliau digelar bapa pemodenan turki dan namanya terkenal di seluruh dunia islam mahupun barat .
Beliau dah mencetuskan Gerakan Turki Muda dan berjaya jatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah .
namun kenaikannya bukan menaikkan nama islam tapi jadi tali barut agen laknatullah
dalam menghancurkan Islam .



sejarah telah membuktikan rekod buruk mustafa kamal sejak kecil lagi . ada yang berpendapat mustafa kamal adalah seorang anak luar nikah yang dah dirancang oleh yahudi untuk meruntuhkan islam sejak mustafa kamal kecil lagi beliau ingin mendidik anaknya dengan sistem barat .

keburukan mustafa kamal terserlah apabila beliau tak berminat dengan ajaran islam dan sering menentang guru2 agamanya dan sebaliknya berminat tentang cara pendidikan barat , maka tak pelik kalau beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja kristian selepas kematian bapanya .

Di sini bermulanya usaha mustafa dalam memusuhi khalifah uthmaniyah dan agama islam .
dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera , beliau mengingatkan rakan2 pegawainya agar tak tertipu dengan agama Islam . ' Republik Turki' yang diimpikan oleh ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan beliau jadi ketua negara yang pertama pada 20 oct 1923 .

antara pembaharuan yang dilakukan oleh ataturk :
  • sistem khalifah islamiah mesti dihapuskan 
menghapuskan sesiapa sahaja penyokong khalifah dan pejuang islam dari bumi turki .
beliau mengguna pakai perlembagaan turki baru menggantikan yang lama . syarat2 perjanjian tersebut jelas menunjukkan beliau anti-Islam . beliau cuba menghapuskan sistem khalifah islamiyah yang telah wujud sejak dulu dan taknak laksanakan syariat Islam serta laksanakan sistem pemerintahan ciptaan barat kristian .
  • menukar peraturan syariat Islam dengan undang2 barat 
beliau menukar undang2 barat sedikit demi sedikit . apa yang dilakukan adalah satu usaha bagi menghalang syariat islam dari dilaksanakan dalam sistem pemerintahan turki .
  • memisah dan mengasingkan urusan agama dengan politik dan negara
  • azan ditukar dalam bahasa turki
azan dalam bahasa arab ditukar kepada bahasa turki . sedangkan azan disyariatkan oleh rasulullah s.a.w dalam bahasa arab sebagaimana yang kita ketahui . syariat ini berjalan dari dahulu sehingga sekarang dan hinggalah hari kiamat . azan tidak boleh diguna dalam bahasa lain selain bahasa arab .walaupun begitu , ataturk dengan beraninya memaksa rakyatnya melaungkan azan dalam bahasa turki . namun di beberapa tempat pedalaman umat islam yang yakin kepada islam tetap melaungkan azan dalam bahasa arab secara senyap2.
  • al-quran dicetak dalam bahasa turki
beliau memaksa al-quran dicetak dalam bahasa turki dengan menggunakan tulisan rumi .
tindakan ini merupakan satu jenayah besar dilakukan oleh beliau .
  • memaksa perempuan membuka dan mendedahkan aurat
ataturk paksa mereka buka hijab , mengharamkan pemakaian tudung . tapi beliau menggalakkan wanita mendedahkan aurat dan menggalakkan pemakaian ala wanita barat . manakala kaum lelaki diharamkan memakai serban , tarbus dan dipaksa memakai topi keras spt yang dipakai orang barat kristian . lama-kelamaan rakyat turki terus memakai pakaian spt itu sehingga mereka seolah2 orang barat .
  •  ditukar hari cuti umum kepada hari ahad
LAIN LAIN PEMBAHARUAN :
  • menghapus penggunaan kalendar islam dan menukarkan huruf arab kepada huruf latin
  • menggubal undang2 perkahwinan berdaftar berdasarkan undang2 barat
  • menukar masjid ayasophia kpd  muzium , ada sesetengah masjid dijadikan gereja
  • menutup masjid serta melarang daripada solat berjemaah
  • menyerang islam secara terbuka dan terang-terangan
  • agama islam digugurkan sebagai agama rasmi negara
KEMATIAN ATATURK YANG MENYEKSAKAN

Allah itu maha adil, di saat kematiannya allah menurunkan beberapa penyakit sehingga ataturk merasakan terseksa dan derita .  antaranya didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal2seluruh badan , sakit jantung , penyakit darah tinggi , panas sepanjang masa , dan tak pernah berasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan pihak bomba supaya menyiram rumahnya 24 jam . pembantu2 nya diarahkan meletakkan ketulan2 ais dalam selimut untuk menyejukkan beliau .

beliau dihantar ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan berasa sejuk . Allah itu Maha Besar , panasnya itu tak juga hilang ! pada 26 sept 1938 , beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan dan apabila sedar , beliau hilang ingatan.

9 november 1938 , beliau meninggal dunia . sewaktu beliau meninggal , takde seorang pun yang memandikan , mengkafankan dan menyembahyangkan . tidak cukup dari itu , allah tunjukkan lagi balasan ketika mayatnya semasa dibawa ke tanah perkuburan . bila mayatnya hendak ditanam , tanah tidak menerima .

disebabkan putus asa , mayatnya diawet dan dimasukkan ke dalam muzium . selepas 15 tahun , mayatnya hendak ditanam semula tapi bumi tetap tidak menerima mayatnya . habis ikhtiar , mayatnya dibawa ke atas bukit ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 tan . mayatnya ditanam di celah2 batu marmar . apa yang menyedihkan , ulama2 sezaman dengan kamal ataturk mengatakan ' jangankan bumi turki , seluruh bumi allah tidak menerima kamal ataturk ! '


inilah makam mustafa kamal ataturk yang hanya dikebumikan di celah kepingan batu marmar kerana jasadnya tidak diterima bumi allah .
cara kematian yang allah datangkan pada ataturk ini sama spt allah lakukan kepada pemimpin2 zalim terdahulu seperti firaun , dan namrud . allah hanya menggunakan air laut utk menenggelamkan firaun dan seekor nyamuk utk membunuh namrud . NAUZUBILLAH ..





..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

tamat sudah sem satu!

assalamualaikum ..

akhirnya dapat jugak update blog aku niehh .. harini aku dekat johor .. ikod makcik jalan2.
hehehe maklumlah dah habes exam . tahniah jugak kat cousin aku yang dah selamat jawab soalan
MUET tadi.. turn aku next year. FUHH seram ~

okay2 sebnanye nak cite pasal exam aritu . aku taktahu lah 
knape soalan nye susah gile . rse mcm nk jerit je kt mse tuhh.. aku rse apa yg aku bce and blajar just 2/4 je kodd yang kluar .. aku tknak repeat paper :(

aku rase paper sejarah je yang aku bleh jawab.. HUAAA ~

semalam aku ada mesyuarat pengawas .. paling aku terperanjat cikgu dah tahu aku couple dan capital I !!!
dengan selambanya dia memerli aku .. ish segan gile ! papa sehh..
cikgu2 ni kuat bergosip jugak rupanya .

tapi yang paling penting aku dahh habes exam untuk semester satu .
harap result dapat pointer 3.00 dan ke atas . AMIN .




..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

 
copyright@segala yang tercatat di atas semuanya Hak milik Cik wAniE