Tuesday 16 July 2013

i wrote what i want

Fuhhhhh !!!!!!! haiii, berhabuk dah aniz tengok blog aniz ni. Maaflah, lately ni busy siket. Bukan setakat tu je, tapi lebih kepada takde idea nak tulis pasal ape. Nanti ada yang mengadu story aniz ni tak menarik pulak. Hmmm.. okay 3 julai, 0945 pagi merupakan saat yang mendebarkan bagi budak2 form 6. Mana tak nya , masing-masing kena speaking. Sidang pertama start pukul 7.30 pagi. Just 5 group dulu yang speaking. Aniz termasuk dalam list tu. Group ke-4. Pehhh, bayangkanlah daripada pukul 7.30 pagi tu tunggu giliran, macam-macam perasaan yang ada. cikgu yang jaga kitorang kat bilik kuarantin tu asyik cakap je. Lagilah tak boleh nak concentrate. Ape seyhh ! sidang pertama dengan sidang kedua tak sama soalannya. And group yang dah speaking tak boleh masuk bilik kuarantin, takut soalan bocor. Kantoii la nanti.

Okay, sampai je giliran, pengawas yang jaga time tu akan tekan lonceng. Satu group ada 4 orang je. Masuk je bilik, salam tangan pengawas tu dulu *ambil berkat.
Hehehe. Then, duduk tempat masing-masing. Benda yang paling seramm sekali, aniz is candidate A. speaking ni ada 2 sesi. 1st sesi kena siapkan TASK A which is everybody must speak using the point that are given. Point tu kita kena huraikan sendiri dalam within 2 minutes. For example, aniz dapat point helping people who got in natural disaster. Pehh, senang tak, susah pon tak jugak. Nak tak nak terpaksa lah huraikan benda alah tu.

Dengar je daripada pengawas periksa tu ‘TIME’S UP’ , next candidate you have two minutes to deliver your point. LEGA gila masa tuhh. Fuhh selamat utk TASK A. bila semua candidate dah cakap. Then move to TASK B, utk berdebat pertahankan point masing-masing. Disebabkan aniz tak banyak huraian utk point aniz tadi , aniz pertahankan point orang lain. So far so good. Hopefully listening, writing & speaking dapat naikkan markah. AMIN.

4JULY1994

Okay kenapa dengan tarikh tu??? Ce teka ! HAHAHA .

Satu……………….

Dua……………….

Tiga……………….

Lahhh tak dapat nak teka lagi ke??? That’s my birthday. Okay, I’m old enough. Whatever it is, I’m still student. HUHUHU. Cepatnya masa berlalu. time time ni dapat makan kek secret recipe sepotong okay jugak . hihi .


Teringat lagi dulu pergi sekolah rendah jalan kaki, pakai beg beroda. Jalan sama-sama dengan kawan. Kalau balik sekolah pulak, risau sangat bila hujan. Mestilah basah, kadang-kadang abah jemput naik kereta. Rindunya masa tu. Sekarang semuanya dah berubah. Family aniz tak macam family orang lain, aniz dah biasa hidup susah. Kadang-kadang aniz terasa bila orang lain happy-happy keluar bercuti satu family. Mungkin ada hikmah semua ni berlaku.

Semuanya berlaku bila abah jatuh sakit. Mula-mula ingatkan sakit biasa. Tapi lama-lama makin teruk and jejaskan penglihatan abah. Dah macam-macam benda kitorang ikhtiar, tapi semua tu bawah kehendakNya. Abah berhenti kerja sebab jarak penglihatan yang amat terhad. Kita cuma boleh berusaha. 090312, allah lebih sayangkan abah. ‘BRAIN TUMOR’ . penyakit tu lah yang abah terpaksa bertarung nyawa setiap hari. pernah satu masa bila bangun pagi abah pengsan terbaring kat lantai sebab sakit kepala yang teramat sangat. Bila sakit kepala tu datang memang tak boleh nak buat apa. Mak lah yang sentiasa sabar jaga abah. Mak memang kuat. Aniz ingat lagi masa result spm aniz keluar. Aniz dapat 5A, bila sampai je rumah, mak cakap ‘ kalau abah ada, mesti abah suka ‘ , aniz terus masuk bilik, menangis. Abah tak sempat nak tengok result SPM aniz. Aniz sedih sangat. Sekarang tinggal mak yang bertungkus lumus menyara kami 5 beradik.

Now, aniz kena banyak berjimat, kadang tak sampai hati nak mintak duit belanja sekolah. 5 orang anak and semua masih bersekolah, memang banyak duit yang nak diguna. Alhamdulillah aniz dapat biasiswa, dapat juga tampung siket-siket yang kurang. Along ponn dah nak sambung degree, aniz pon harap-harap dapat sambung degree and dapat kerja yang baik-baik. Memang semua orang diuji lain-lain. Tapi…………. Hmmmmm……. Memang depan orang lain aniz senyum, tapi dalam hati takde sape yang tahu.

Mak, sabarlah ye. Angah akan cuba sedaya upaya, ubah persepsi orang lain kat family kita. Satu je aniz nak ingatkan kat adik-adik terutama sekali remaja. Jauhkanlah daripada hisap rokok, tak berbaloi langsung. Kesannya kita akan dapat dalam jangka masa panjang. Bila dah sampai masa tu, menyesal pon dah takde guna. Benda yang makhruh bila kita buat hari-hari akan jadi haram. So, fikirlah baik-baik. Gunakanlah duit tu ke arah kebaikan.

Okay sampai sini je entry kali ni. Dah nak menitis air mata ni !!!!! baik aniz stop dulu. Jaga diri semua ^_^

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

0 comments:

Post a Comment

 
copyright@segala yang tercatat di atas semuanya Hak milik Cik wAniE