Saturday, 21 December 2013

MY NEW LIFE


Alhamdulillah dua minggu telah berlalu . kini anis dalam alam pekerjaan . seronok ? hmm , tah lahh maybe terlalu cepat sangat masa berlalu . tak sangka akan dapat kerja lepas habes STPM ni . apa-apapunn this is what we call  rezeki , kan ? so , anis terima dengan hati yang terbuka . hari 1st kerja dekat wisma maria tu , biasalahh sesi suai kenal dengan staff-staff kat BSN tuhh . penat jugak asyik ulang benda yang sama . setiap kali masuk bilik , mesti diorang suroh kenalkan diri .

1st : NAMA SAYA NORHAZWANI HANIS BT ABU MANSOR
2nd : SAYA BERASAL DARIPADA BATU PAHAT
3rd : JAWATAN SAYA ADALAH TELLER

Hahaha . kalau dikira-kira dekat berbelas kali jugak ulang benda tuhh . kelakar je bile diingat balik . second day jumpa dengan pengarah negeri a.k.a my boss . nasib baiklahh dia sempoii , so okay lahh . hihi . then , teller-teller baru tak boleh kerja kat kaunter lagi sebab belom pergi kursus . so , buat mase ni kitorang kena buat promotion tarik customer tukar kad BSN yang lama kepada yang baru and lebih banyak benefits . this is the new card . anis suka tengok sebab nampak more elegent then before .


first time buat promotion mestilahh berdebar-debar , takot salah bagi informasi ,  habes kena marah . so , kenalah banyak bertanya kan ??? setakat ni , dah dua minggu buat promosi . ari khamis dengan jumaat lepas (19 & 20 dec ) , anis dengan sorang lagi teller baru macam anis kena praktikal dekat kaunter . so kitorang tengok jela apa yang teller tu buat . Nampak macam susah tapi anis tak try lagii . insyallah lama-lama okay nanti . amin .

penat jugak rupanya kerja ni . anis bangun pukul 6 pagi . siap2 then pukul 7 lebih dah gerak pegi kerja . nasib baik makcik ponn kerja dekat je dengan wisma maria tu . so senanglahh . pergi & balik naik makcik . insyallah dah stabil nanti anis nak beli kereta . hmm kereta apa ek ? kereta idaman anis , vios . tapi tengoklah bajet camne nanti . dah ada kereta nanti senang tak payah nak susahkan orang lain . balik ponn tak lambat .

bulan January ni maybe teller-teller baru akan pergi kursus kat bangi . tengoklahh , tak dapat tarikh yang tepat lagi . lepastu baru lahh dapat posting . harap dapat kat JB cause all of my aunties stay there . harap semua dipermudahkan oleh-Nya . salam sayang daripada anis buat kawan-kawan kat kampung . sorry kalau jarang contact , anis busy . bile balik je mengantukk . iron baju terus tidoo . tu jela rutin harian . hehehe . nanti bila free kite lepak-lepak k ?? insyallah . k la , got to go . korang belajar rajin-rajin .



..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Wednesday, 27 November 2013

Alhamdulillah Ya Allah

fuhhhhhh !!!! banyak nye sarang-sarang kat blog anis ni . almaklumla dah dekat berapa bulan anis tak update. busy busy dan busy sangat sangat . alhamdulillah anis dah berjaya menamatkan zaman persekolahan dengan jayanya . STPM , bukan satu benda yang mudah . memerlukan semangat yang kental , even subjek yang kami ambil hanya 4 subjek sahaja . terasa macam ambil 14 mata pelajaran . exam STPM kali ni just for 2 days . 7hb nov and 14hb nov . satu hari dua subjek . and dah habes dah ponn . finally !!!! cukuplah 13 tahun anis sekolah . sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja . hahahaha .
okayyy tettt !!!! tutup cerita pasal STPM . malas nak pikir lagi . haaaa ada story mory baru nak share niii . tak tahulah kalau ada yang sudi nak baca enty anis yang tak berapa nak interesting sangat ni . okayyy , cerita nya camni . anis ada kenal sorang abang yang kerja kat BSN senggarang . time kenal ni dia masih kerja kat cawangan senggarang lagi . *sekarang dah pindah kat muar . soo, lepas je habes exam aritu , anis saje saje je tanya kot kot ada kerja kosong kat BSN . and he told me that memang sekarang BSN tengah cari pekerja bahagian teller (kaunter) . dia suruh anis buat resume and photostat sijil-sijil yang patut . next day , anis jumpa dia kat Batu Pahat nak bagi resume tuhh . sekali nak tengok sedara kat hospital eksiden . masa tu hari sabtu .

okay , then hari selasa anis dah dapat panggilan suruh datang temuduga . wahhh cepat tak cepat . tak sempat nak berehat . masa dapat panggilan tu anis kat PICC , abang konvo . terkejut betul masa tuhh . and of course lahh takut . tak pernah pergi temuduga pon sebelum ni . paling tak boleh bla interview hari khamis minggu tu jugak . nasiblah interview kat JB je . terus cepat2 anis call my hubby and dia nak tolong hantakan .

hari khamis 21.11.2013 , hari yang ditunggu-tunggu . sampai je kat situ , anis kena naik bangunan & interview nya kat tingkat 5 . interview bahagian teller ada dalam 20 orang jugak . tunggu punya tunggu turn kitorang start pukul 10 lebih , bayangkanlah kitorang kena datang pukul 7.45 pagi . pukul 10 baru start , tu pun ujian bertulis . interview dengan pengarah belum lagi . siap je ujian bertulis , kitorang boleh rehat sampai pukul 2 petang . anis just rehat makan roti sebab takde kedai makan yang dekat area situ . sob sob , sedihnya !!!!!!!!! 

pukul 2 tu , again .... kena tunggu lagi untuk interview dengan pengarah . turn anis pukul 5 petang . fuhhhh lama sangat tunggu . dahlah kecut perut masa tuhh . masuk dalam bilik interview tu berlima . tapi dia tanya sorang-sorang . penemuduga tu ada 3 orang . huhuhu . takut jugak masa tuh , tapi bila tengok dia sempoi je anis pon hilanglah rasa gugup . alhamdulillah dapat harungi dengan baikk . haa , masa dia tanya , kita kena jawab dalam english . anis hentam jelaa . janji speaking .

28.11.2013 i got this job ^^ tak tergambar dengan kata-kata happy nya macamana . apa yang ada dalam kepala masa dapat panggilan dari BSN , is my mom . mesti mak happy . anis kena kerja kat JB dulu untuk bulan 12 ni . then bulan 1 kena pergi kursus 3 minggu then baru lahh betul2 kerja . really hope i can do my best . insyallah .
dengan ini , bermulalah hidupku untuk mengharungi liku-liku dan cabaran-cabaran dalam kehidupan and jauh dari family of course . kuatkanlahh hati ini . amin .

..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Friday, 13 September 2013

I LOVE YOU MOM..


Okay assalamualaikum semua. Agak lama anis menyepi, maklumlah takde benda yang nak di update tambahan pula dengan bebanan assignment untuk dua subjek (geografi & ekonomi) lagilah tak sempat dibuatnya anis nak story mory kat blog nieyhh. Hehehe. Alhamdulillah semuanya dah siap. Tinggal wat presentation je. Harap harap anis tak terpilih masa pembentangan dengan orang luar. *AMIN. Lemah lutut nak jawab soalan diorang nanti.

Ekonomi anis pilih tema 1 and my title is GUNA TENAGA MENGIKUT SEKTOR DI MALAYSIA. Fuhhh, mula mula memang tak paham jugak. Apa benda tuhh? Last last paham jugak. Jenuh nak buat ayat. Geografi pulak anis and the geng pilih tajuk KEGAGALAN CERUN. So, tajuk ni lebih kepada buat ayat. Cari proses, faktor, cadangan, bentuk bentuk cerun dan lain lain. Hehehe. Heavy jugak form6 yang baru ni. Macam macam nak kena buat. Kalau tak ye ye fed up jugak. Hmmm sekarang ni fikir nak masuk university jekk.

INSYALLAH ^^

Tutup cerita pasal form 6, sekarang ni kenapa dengan lirik lagu kat atas tu??? Hihihi. Lagu ni buat anis teringat mak anis. SAYANG MAK!! Mak banyak berkorban dalam family lepas abah meninggal. Walaupun banyak benda yang mak kene handle sorang2 tapi mak kuat. Anis harap sangat allah panjangkan umur mak. Anis nak balas semua jasa mak. Cuba korang download lagu tu and hayati lirik lagu tu. Mesti korang menangis. So, hargailah ibu-ibu korang. Mak Cuma ada satu je kat dunia ni. Jangan buat dia menangis sebab sikap kita. Okay ??? ^^

That’s all for today’s entry. Just want to share about this lovely lyrics. Hope all of you will find this song okay. Be a good son/daughter. Make our mom proud of us. Insyallah.









وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Friday, 16 August 2013

SALAM AIDILFITRI

memandangkan semua orang masih dalam mood berhari raya, anis nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ni. hari tahun ni alhamdulillah agak meriah berbanding tahun-tahun lepas sebab semua adik-beradik mak berkumpul kat kampung cuma 2 family je yang tak join. sebab balek kampung mertua. tapi papeponn pagi raya tu tetap meriah.

ni baru je sebahagian, tak semua yang masok, aduhh huru-hara betul. HAHA. pagi raya tu, lepas lelaki balek solat raya, kitorang semua berkumpul mintak maaf. asal time tu mesti rasa nak menangis. huhu. okay tutup cerita. bawah ni pic famiy anis. 5 beradik, sorang mak.
lepas mintak maaf, mestilahh aktiviti wajib pulak which is snap ! hehehe...
that is my cousin. kami sebaya. lahir tahun 1994. lagi bertambah seronok kalau dia balek. asyik gosip je kejenya. hihi.
hihihi, entry kali ni tak banyak celoteh. just banyak upload gambar jek. hehe. okay ni pic last. salam aidilfitri daripada kami berdua. ^_^

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Tuesday, 16 July 2013

SEMESTER 2 !!!

okayyy , sebelum aniz nak celoteh aniz rasa bersyukur sangat sangat . terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak bagi sokongan . tak lupa juga kat mak and family aniz . 15 julai 2013 is an important day for stpm candidate . hari tu result untuk semester 2 keluar . malam tu tak rasa sangat ketakutannya . esoknya fuuhhhhhh tak tahu nak cakap macamane . bercampur baur . sampai je sekolah , macam biasalah . aniz tolong handle perhimpunan pagi tu . naseb baek bukan turn aniz jadi MC . so , tak busy sangat . habis je perhimpunan , semua naek kelas masing-masing . sampai je kelas , semua dah sibuk tengok result masing2 . macam macam reaksi . suka , sedih , excited . 

bila diorang check , ada yang dapat A . aniz mula2 takut jugak nak check . tapi nak tahu jugak result . HAHA . gedik . bismillahirahmanirrahim . STPM RESULT 94070401**** hantar 15888 . *beep beep . tengok je result .... ALHAMDULILLAH . A- B+ B+ B- . akhirnya dapat jugak naikkan pointer sebelum ni . paling meriah sekali bila kawan sekelas dapat 1A 3A- . papeponn aniz bersyukur sangat . 

masa dapat result semester 1 dulu , memang harapan musnah hancur berkecai . dah jadi debu agaknya . ada jugak niat nak benti dari form 6 . tapi nasihat dari mak , habeskan je form 6 ni sebab dah tinggal sikit je lagi . so , ikot jelahh . ada jugak mengada2 isi borang upu . and dapat pulak tu . course PENGURUSAN MAKLUMAT , kat UITM SEGAMAT . pikir2 balik betol jugak cakap mak . teruskan jelahh .

so , sebelum buat pape , pikir lah baik dan mana buruk . setiap orang mempunyai masa depan yang tersendiri dan allah dah aturkan yang terbaik untuk kita . so , just buat yang terbaik . insyallah .
TERIMA KASIH YA ALLAH . sayang mak ! hehehe .

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

i wrote what i want

Fuhhhhh !!!!!!! haiii, berhabuk dah aniz tengok blog aniz ni. Maaflah, lately ni busy siket. Bukan setakat tu je, tapi lebih kepada takde idea nak tulis pasal ape. Nanti ada yang mengadu story aniz ni tak menarik pulak. Hmmm.. okay 3 julai, 0945 pagi merupakan saat yang mendebarkan bagi budak2 form 6. Mana tak nya , masing-masing kena speaking. Sidang pertama start pukul 7.30 pagi. Just 5 group dulu yang speaking. Aniz termasuk dalam list tu. Group ke-4. Pehhh, bayangkanlah daripada pukul 7.30 pagi tu tunggu giliran, macam-macam perasaan yang ada. cikgu yang jaga kitorang kat bilik kuarantin tu asyik cakap je. Lagilah tak boleh nak concentrate. Ape seyhh ! sidang pertama dengan sidang kedua tak sama soalannya. And group yang dah speaking tak boleh masuk bilik kuarantin, takut soalan bocor. Kantoii la nanti.

Okay, sampai je giliran, pengawas yang jaga time tu akan tekan lonceng. Satu group ada 4 orang je. Masuk je bilik, salam tangan pengawas tu dulu *ambil berkat.
Hehehe. Then, duduk tempat masing-masing. Benda yang paling seramm sekali, aniz is candidate A. speaking ni ada 2 sesi. 1st sesi kena siapkan TASK A which is everybody must speak using the point that are given. Point tu kita kena huraikan sendiri dalam within 2 minutes. For example, aniz dapat point helping people who got in natural disaster. Pehh, senang tak, susah pon tak jugak. Nak tak nak terpaksa lah huraikan benda alah tu.

Dengar je daripada pengawas periksa tu ‘TIME’S UP’ , next candidate you have two minutes to deliver your point. LEGA gila masa tuhh. Fuhh selamat utk TASK A. bila semua candidate dah cakap. Then move to TASK B, utk berdebat pertahankan point masing-masing. Disebabkan aniz tak banyak huraian utk point aniz tadi , aniz pertahankan point orang lain. So far so good. Hopefully listening, writing & speaking dapat naikkan markah. AMIN.

4JULY1994

Okay kenapa dengan tarikh tu??? Ce teka ! HAHAHA .

Satu……………….

Dua……………….

Tiga……………….

Lahhh tak dapat nak teka lagi ke??? That’s my birthday. Okay, I’m old enough. Whatever it is, I’m still student. HUHUHU. Cepatnya masa berlalu. time time ni dapat makan kek secret recipe sepotong okay jugak . hihi .


Teringat lagi dulu pergi sekolah rendah jalan kaki, pakai beg beroda. Jalan sama-sama dengan kawan. Kalau balik sekolah pulak, risau sangat bila hujan. Mestilah basah, kadang-kadang abah jemput naik kereta. Rindunya masa tu. Sekarang semuanya dah berubah. Family aniz tak macam family orang lain, aniz dah biasa hidup susah. Kadang-kadang aniz terasa bila orang lain happy-happy keluar bercuti satu family. Mungkin ada hikmah semua ni berlaku.

Semuanya berlaku bila abah jatuh sakit. Mula-mula ingatkan sakit biasa. Tapi lama-lama makin teruk and jejaskan penglihatan abah. Dah macam-macam benda kitorang ikhtiar, tapi semua tu bawah kehendakNya. Abah berhenti kerja sebab jarak penglihatan yang amat terhad. Kita cuma boleh berusaha. 090312, allah lebih sayangkan abah. ‘BRAIN TUMOR’ . penyakit tu lah yang abah terpaksa bertarung nyawa setiap hari. pernah satu masa bila bangun pagi abah pengsan terbaring kat lantai sebab sakit kepala yang teramat sangat. Bila sakit kepala tu datang memang tak boleh nak buat apa. Mak lah yang sentiasa sabar jaga abah. Mak memang kuat. Aniz ingat lagi masa result spm aniz keluar. Aniz dapat 5A, bila sampai je rumah, mak cakap ‘ kalau abah ada, mesti abah suka ‘ , aniz terus masuk bilik, menangis. Abah tak sempat nak tengok result SPM aniz. Aniz sedih sangat. Sekarang tinggal mak yang bertungkus lumus menyara kami 5 beradik.

Now, aniz kena banyak berjimat, kadang tak sampai hati nak mintak duit belanja sekolah. 5 orang anak and semua masih bersekolah, memang banyak duit yang nak diguna. Alhamdulillah aniz dapat biasiswa, dapat juga tampung siket-siket yang kurang. Along ponn dah nak sambung degree, aniz pon harap-harap dapat sambung degree and dapat kerja yang baik-baik. Memang semua orang diuji lain-lain. Tapi…………. Hmmmmm……. Memang depan orang lain aniz senyum, tapi dalam hati takde sape yang tahu.

Mak, sabarlah ye. Angah akan cuba sedaya upaya, ubah persepsi orang lain kat family kita. Satu je aniz nak ingatkan kat adik-adik terutama sekali remaja. Jauhkanlah daripada hisap rokok, tak berbaloi langsung. Kesannya kita akan dapat dalam jangka masa panjang. Bila dah sampai masa tu, menyesal pon dah takde guna. Benda yang makhruh bila kita buat hari-hari akan jadi haram. So, fikirlah baik-baik. Gunakanlah duit tu ke arah kebaikan.

Okay sampai sini je entry kali ni. Dah nak menitis air mata ni !!!!! baik aniz stop dulu. Jaga diri semua ^_^

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Thursday, 20 June 2013

10 MISTERI YANG BELUM TERJAWAB

Ada kalanya sebuah peristiwa penting dalam sejarah masih terus menjadi misteri yang tak boleh diungkapkan, dijelaskan bahkan dipecahkan. walau pun sedaya upaya para arkeologi mencari jawapan .

10 misteri di bawah ini membuat ramai orang masih bertanya-tanya kerana sampai sekarang belum terjawab, bahkan sebagian besar dari kita melupakannya..

1. Rongorongo

Meskipun banyak orang yang tahu tentang Moai di Easter Island, namun tidak banyak yang tahu tentang misteri lainnya berkaitan dengan Easter Island. 

Rongorongo’ adalah bahasa tulisan yang sukar dibaca dari para penduduk awal di daerah tersebut. Rongorongo dianggap misteri sebab takde suku kaum oceania yang menggunakan bahasa tulisan. 

Bahasa ini muncul di sekitar tahun 1700an, meskipun sayangnya hilang setelah para penjajah Eropah awal melarangnya disebabkan oleh kaitan-kaitannya dengan akar pagan para penduduk asli di sana.

2. Helike Kota yang Hilang


Pada akhir abad kedua Masihi, penulis Yunani, Pausanias menulis sebuah cerita tentang bagaimana (4-500 tahun sebelumnya?) di satu malam ketika gempa kuat menghancurkan kota besar Helike, dengan Tsunami yang menyapu habis apapun yang ada di kota besar yang pernah maju tersebut. 

Kota tersebut, ibu kota dari Achaean League, adalah pusat ibadah yang dibaktikan kepada dewa kuno Poseidon, dewa laut. Tidak ada jejak masyarakat legenda yang disebutkan diluar tulisan-tulisan Yunani kuno sampai tahun 1861, ketika seorang arkeologi menemukan wang yang dianggap berasal dari Helike – sebuah duit syiling perunggu dengan kepala Poseidon. 

Pada tahun 2001, sepasang arkeologi berusaha menemukan runtuhan Helike di bawah lumpur dan kerikil-kerikil pesisir tersebut, dan saat ini sedang menggabungkan bangkit dan kejatuhan mendadak dari apa yang telah menjadi Atlantis “sebenarnya.”


3. Mayat Berlumpur


Misteri ini bahkan bisa menjadi sebuah masalah bagi para penyelidik legenda dari CSI dan semacamnya! Mayat-mayat berlumpur ini adalah ratusan mayat kuno yang ditemukan terkubur di sekitar rawa-rawa utara dan lahan-lahan basah di Eropa Utara. 

Beberapa mayat ini memiliki tanda penyiksaan dan “kesenangan” abad pertengahan lainnya, yang membuat beberapa peneliti berpendapat bahawa mangsa-mangsa yang tidak beruntung ini adalah hasil dari pengorbanan ritual.

4. Runtuhnya Kaum Minoan


Kaum Minoan terkenal karena legenda Theseus dan Minotaur, namun faktanya kaum ini merupakan warisan dari peradaban yang pernah besar dan lebih menarik. Meskipun banyak sejarawan berkonsentrasi pada kejatuhan Kerajaan Roma, runtuhnya kaum Minoan, yang menduduki pulau Crete, adalah sebuah misteri yang sama jika tidak lebih besar. 

Tiga setengah tahun lalu, pulau tersebut digoncang oleh sebuah letusan gunung berapi besar di Pulau sebelahnya Thera. Para arkeologi menemukan buku-buku catatan yang menunjukkan bahwa kaum Minoan tetap bertahan selama 50 tahun setelah ledakan tersebut, sebelum akhirnya mereka benar-benar menghilang. 

Teori-teori tentang apa yang mengakhiri mereka telah berkembang mulai dari debu gunung berapi yang menutupi pulau tersebut dan menghancurkan semua hasil pertaniannya sampai ke masyarakat lemah yang akhirnya tersingkirkan oleh serbuan para kaum Yunani.

5. Batu Carnac


Setiap orang pernah mendengar tentang Stonehenge, namun hanya sedikit yang mengetahui Batu Carnac. 3000 batu megalitik ini tersusun dalam barisan yang sempurna sepanjang 12 kilometer di pesisir Brittany di Barat Laut Perancis. Mitologi di sekitar batu-batu tersebut menunjukkan bahwa tiap batu adalah tentara Roma yang diubah menjadi batu oleh Merlin Sang Penyihir. 

Usaha-usaha penjelasan ilmiah menunjukkan bahwa batu-batu tersebut bisa jadi merupakan alat deteksi gempa yang rumit. Identiti kaum Neolithic yang membangunnya tidak diketahui.

6. Robin Hood


Semua orang pasti mengenal tokoh sahabat rakyat jelata ini. Namun kebenaran dari jejaka pemanah tampan ini masih berupa misteri. Pencarian sejarah lagenda ini telah membesarkan sejumlah nama yang mirip dengannya. Salah satunya adalah seorang buruan Yorkshire bernama Rober Hod, yang juga dikenal sebagai Hobbehod atau Robert Hood dari Wakefield. 

Pencarian tersebut menjadi semakin rumit seiring nama Robin Hood menjadi istilah umum bagi seseorang yang berada di luar perlindungan hukum. Ketika penulis mula menambahkan karakter-karakter baru kepada dongeng tersebut seperti Prince John dan Richard the Lionheart, jejak tersebut semakin kabur. Sampai sekarang, tak seorang pun tahu siapakah sebenarnya tokoh penjenayah ini.

7. Pasukan Romawi yang Hilang


Setelah pasukan Parthia mengalahkan tentara Jendral Romawi Crassus, lagenda mengatakan bahawa sekumpulan kecil Tahanan Perang tersebut melewati padang pasir dan akhirnya digulung oleh tentara militer Han 17 tahun kemudian. 

Sejarawan Cina abad pertama, Ban Gu, menulis sebuah hikayat tentang konfrontasi dengan satu kumpulan pasukan pelik sekitar seratus askar yang berperang dalam “formasi unik berskala-ikan” untuk pasukan Romawi. 

Seorang sejarawan Oxford yang membandingkan catatan-catatan kuno mengatakan bahawa pasukan romawi yang hilang tersebut menemukan kota kecil dekat padang pasir Gobi bernama Liqian, yang di dalam bahasa Cina bererti Roma. 

ujian DNA sedang dilakukan untuk menjawab anggapan tersebut dan semoga dapat menjelaskan beberapa tentera bermata hijau, berambut perang, dan menggemari pergaduhan melawan benteng tersebut.
8. Naskah Voynich


Naskah Voynich yang misteri diduga telah ditulis di ke-15 atau abad ke-16. Penulis, script, dan bahasa naskah tetap tidak diketahui.

Yang tercatat, keberadaan naskah Voynich telah menjadi objek pelajaran intensif oleh banyak profesional, termasuk beberapa peneliti (pemecah kode) Amerika dan Inggris Perang Dunia II ketenaran (yang semuanya gagal mendekripsi bahagian apapun dalam teks).
Saat ini Voynich naskah disimpan dalam Perpustakaan Universitas Yale sebagai item "MS 408".

Edisi pertama diterbitkan pada tahun 2005

Kesan keseluruhan yang diberikan oleh lembaran-lembaran naskah tersebut menunjukkan bahwa isinya membahas topik-topik di dalam abad pertengahan atau moden awal. Namun, perincian ilustrasi yang membingungkan tersebut telah memunculkan berbagai teori tentang asal-usul buku tersebut, isi dari tulisan tersebut, dan tujuan naskah itu dibuat. 

Dokumen tersebut mengandungi ilustrasi-ilustrasi yang menunjukkan bahawa buku tersebut memiliki enam bahagian: Herbal, Astronomis, Biologis, Kosmologis, Farmasi, dan resep-resep.
9. Mumi Orang Eropah Di China


Penemuan menakjubkan mumia-mumia berusia 2000 tahun di lembah sungai Tarim Cina Barat terjadi pada awal tahun 90an. Namun yang lebih menakjubkan dibanding penemuan itu sendiri adalah fakta yang mengagumkan bahawa mumia-mumia tersebut berambut perang dan berhidung panjang. 

Pada tahun 1993, Victor Mayer seorang professor university mengumpulkan DNA dari mumia-mumia tersebut dan ujian-ujian yang dilakukannya membuktikan bahawa mayat-mayat tersebut memiliki genetik orang Eropah. 

Tulisan-tulisan Cina kuno dari milenium pertama SM menyebutkan kelompok-kelompok yang berasal dari daerah timur-jauh yang disebut sebagai kaum Bai, Yeuzhi, dan Tocharian. 

Meskipun begitu, tak satu pun yang benar-benar menyingkapkan bagaimana atau mengapa orang-orang ini berakhir di China.

10. Hilangnya Peradaban Lembah Hindus


Kaum Lembah Hindus kuno, peradaban India tertua dan terkenal memiliki sebuah kebudayaan yang merentang dari India Barat sampai Afganistan dan memiliki jumlah penduduk sekitar 5 juta orang. 

Le—peradaban tertua India—merupakan sebuah kelompok yang tampak sihat dan mengesankan di zaman perunggu. Keruntuhan mereka yang menghairankan dan mengejut tersebut menyamai keruntuhan kaum Maya. 

Kaum Lembah Hindus ini adalah sebuah kebudayaan yang maju secara higienis dengan sistem pembuangan air canggih, dan tempat-tempat mandi yang dibendung secara amat bersih. Sampai saat ini tidak ada keterangan arkeologi tentang tentera, konflik, atau aspek-aspek lain dari masyarakat kuno. Tak seorang pun tahu kemana peradaban ini pergi.

Sumber:


وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Wednesday, 19 June 2013

KEM KEPIMPINAN TASIK REKREASI MARDI , KLUANG

Okay , seminggu menghilang , menjelma kembali dengan cerita baru . hmm , cerita pasal apa pulak kali ni ? nak kata baru takdelah baru sangat . em 14, 15 , 16 haribulan JUN 2013 merupakan aktiviti perkhemahan untuk pengawas di TASIK REKREASI MARDI, KLUANG . sebenanya anis tak suka sangat aktiviti2 outdoor ni tapi memandangkan semua pengawas kena terlibat , so terpaksalahh ikot jugak . and one more , hasil pujukan cik dilot . hihihi .
Okay , first-first sampai je , masing-masing terkejut . terkejut kenapa ? suasana yang memang  susah nak cakap . sampai je , kitorang terus solat asar dulu . ada konflik masa tuh . aduh , memang pelik dengan diorang tuh . anis tak boleh nak cakap lebih-lebih nanti jadi pape susah pulak . then , dah siap , budak laki pulak solat . and taklimat sekejap teros dirikan khemah . Alhamdulillah semuanya berjalan lancar . semua dah siap , terus pergi siap2 , mandi untuk solat maghrib & isyak berjemaah . malam tuh biasalahh kann , aktiviti pembahagian kumpulan . anis dapat satu kumpulan dengan PAAN , ish , apa pon tak bolehh .
Bila semua dah dapat kumpulan masing-masing , aktiviti buat logo dengan trademark group . ni aktiviti yang paling anis tak suka sebab nak kena pikir buat tu buat ni . yang lain pon taknak bagi kerjasama , geram jugak . sabar jelah . paling kelakar group AMIR JAMALI . trademark group dyeorang klakar gile , lagi2 masa amir joget . HAHAHA , serious kelakar . siap je aktiviti buat logo kumpulan , aktiviti seterusnya ? jeng jeng jeng ! NIGHT WALK . bila MASTER bagi je taklimat macamana night walk kat situ , semua dah kecut perut . anis ponn sama . Okay , biasanya night walk ada yang pegang tali , or jalan by group kan ? kali ni totally different , cause everyone will walk ALONE !!! can I repeat ? ALONE ! can u imagine , how scared are we that time . kitorag kene jalan ikot tanah merah keliling tasik kat situ . diorang akan lepaskan sorang-sorang . perghh , memang seram masa mula2 . GELAP GELITA . nasib baik masih boleh nampak jalan , kalau tak memang konfem2 masuk tasik agaknya . Alhamdulillah , semua selamat . night walk ni habes dalam pukul 3 pagi . so , kitorang ada dalam 3 jam je untuk tido . semua kena bangun and siap2 untuk solat subuh pukul 6.30 pagi .

Esoknya , pagi tu senaman siket then jungle trekking . jauh jugak treknya . tapi BEST ! dengan jumpa taik lembu bersepah . tak sure lah taik apa , tapi mcm taik lembu . HAHA . ada salah sorang sifu kena sengat dengan ular masa jalan dalam air and ada yang kena senagt dengan lebah . nasib anis tak kena . mcm2 pengalaman . paling best lepas penat-penat balek dari jungle trekking , kitorang kena masak . dengan muka yang penuh dengan lumpur , cikgu kitorang cakap dah macam orang RED INDIAN . hihihi , sempat lagi cikgu ni . siap je masak , semua orang boleh bersihkan diri untuk solat zohor . aktiviti petang tu , acid river . setiap group dibekalkan 5 helai kertas sahaja dan perlu melepasi tempat yang di arahkan . yang susahnya , tak boleh sampai terpijak tanah , kalau tak , kena ulang balik . and ada 3 kali sahaja . kali ke empat dikira gagal . kena buat C4 . apa tu C4 ? C4 tu hukuman yang kitorang kena buat . baring meniarap muka kat tanah , tgn kat atas leher , kaki dua-dua angkat .
 
Malam tuh buat game TITANIC . ada sorang ketua yang akan tunjukkan jalan . ahli2 kumpulan akan diikat guna benang . nasib la kalau dapat ahli kumpulan yang comel-comel . ketua tu tadi kena pegang lilin , jangan sampai mati . setiap perhentian aka nada pengacau yang akan matikan api tu . memang penat sebab game ni uji semangat kerjasama . habis game ni dekat pukul 2 pagi .
 
Then  esoknya , senaman , and game memancing . pastu setiap kumpulan kena kemas balek khemah masing2 . tak lama pastu ada aktiviti kena selesaikan teka teki . rasa macam running man pulak . cari benda yang tersembunyi . then , aktiviti penutup , makan , solat zohor , balek ! HAHAHA , balek tuh yang ditunggu-tunggu . akhirnya , saat tu tiba jugak . sampai je rumah , anis terus basuh baju & sepatu yang bau nya WANGI teramat . siap je , gosok baju sekolah . malam tu terus tido .
 

sekian sahaja ,entry kali ni . penat dah menaip . ohh ya ! sekarang ni JOHOR tengah mengalami jerebu . harap semua orang jaga kesihatan masing2 k ? harap sangat jerebu ni tak lama . AMIN .




وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

 
copyright@segala yang tercatat di atas semuanya Hak milik Cik wAniE