Wednesday, 19 June 2013

KEM KEPIMPINAN TASIK REKREASI MARDI , KLUANG

Okay , seminggu menghilang , menjelma kembali dengan cerita baru . hmm , cerita pasal apa pulak kali ni ? nak kata baru takdelah baru sangat . em 14, 15 , 16 haribulan JUN 2013 merupakan aktiviti perkhemahan untuk pengawas di TASIK REKREASI MARDI, KLUANG . sebenanya anis tak suka sangat aktiviti2 outdoor ni tapi memandangkan semua pengawas kena terlibat , so terpaksalahh ikot jugak . and one more , hasil pujukan cik dilot . hihihi .
Okay , first-first sampai je , masing-masing terkejut . terkejut kenapa ? suasana yang memang  susah nak cakap . sampai je , kitorang terus solat asar dulu . ada konflik masa tuh . aduh , memang pelik dengan diorang tuh . anis tak boleh nak cakap lebih-lebih nanti jadi pape susah pulak . then , dah siap , budak laki pulak solat . and taklimat sekejap teros dirikan khemah . Alhamdulillah semuanya berjalan lancar . semua dah siap , terus pergi siap2 , mandi untuk solat maghrib & isyak berjemaah . malam tuh biasalahh kann , aktiviti pembahagian kumpulan . anis dapat satu kumpulan dengan PAAN , ish , apa pon tak bolehh .
Bila semua dah dapat kumpulan masing-masing , aktiviti buat logo dengan trademark group . ni aktiviti yang paling anis tak suka sebab nak kena pikir buat tu buat ni . yang lain pon taknak bagi kerjasama , geram jugak . sabar jelah . paling kelakar group AMIR JAMALI . trademark group dyeorang klakar gile , lagi2 masa amir joget . HAHAHA , serious kelakar . siap je aktiviti buat logo kumpulan , aktiviti seterusnya ? jeng jeng jeng ! NIGHT WALK . bila MASTER bagi je taklimat macamana night walk kat situ , semua dah kecut perut . anis ponn sama . Okay , biasanya night walk ada yang pegang tali , or jalan by group kan ? kali ni totally different , cause everyone will walk ALONE !!! can I repeat ? ALONE ! can u imagine , how scared are we that time . kitorag kene jalan ikot tanah merah keliling tasik kat situ . diorang akan lepaskan sorang-sorang . perghh , memang seram masa mula2 . GELAP GELITA . nasib baik masih boleh nampak jalan , kalau tak memang konfem2 masuk tasik agaknya . Alhamdulillah , semua selamat . night walk ni habes dalam pukul 3 pagi . so , kitorang ada dalam 3 jam je untuk tido . semua kena bangun and siap2 untuk solat subuh pukul 6.30 pagi .

Esoknya , pagi tu senaman siket then jungle trekking . jauh jugak treknya . tapi BEST ! dengan jumpa taik lembu bersepah . tak sure lah taik apa , tapi mcm taik lembu . HAHA . ada salah sorang sifu kena sengat dengan ular masa jalan dalam air and ada yang kena senagt dengan lebah . nasib anis tak kena . mcm2 pengalaman . paling best lepas penat-penat balek dari jungle trekking , kitorang kena masak . dengan muka yang penuh dengan lumpur , cikgu kitorang cakap dah macam orang RED INDIAN . hihihi , sempat lagi cikgu ni . siap je masak , semua orang boleh bersihkan diri untuk solat zohor . aktiviti petang tu , acid river . setiap group dibekalkan 5 helai kertas sahaja dan perlu melepasi tempat yang di arahkan . yang susahnya , tak boleh sampai terpijak tanah , kalau tak , kena ulang balik . and ada 3 kali sahaja . kali ke empat dikira gagal . kena buat C4 . apa tu C4 ? C4 tu hukuman yang kitorang kena buat . baring meniarap muka kat tanah , tgn kat atas leher , kaki dua-dua angkat .
 
Malam tuh buat game TITANIC . ada sorang ketua yang akan tunjukkan jalan . ahli2 kumpulan akan diikat guna benang . nasib la kalau dapat ahli kumpulan yang comel-comel . ketua tu tadi kena pegang lilin , jangan sampai mati . setiap perhentian aka nada pengacau yang akan matikan api tu . memang penat sebab game ni uji semangat kerjasama . habis game ni dekat pukul 2 pagi .
 
Then  esoknya , senaman , and game memancing . pastu setiap kumpulan kena kemas balek khemah masing2 . tak lama pastu ada aktiviti kena selesaikan teka teki . rasa macam running man pulak . cari benda yang tersembunyi . then , aktiviti penutup , makan , solat zohor , balek ! HAHAHA , balek tuh yang ditunggu-tunggu . akhirnya , saat tu tiba jugak . sampai je rumah , anis terus basuh baju & sepatu yang bau nya WANGI teramat . siap je , gosok baju sekolah . malam tu terus tido .
 

sekian sahaja ,entry kali ni . penat dah menaip . ohh ya ! sekarang ni JOHOR tengah mengalami jerebu . harap semua orang jaga kesihatan masing2 k ? harap sangat jerebu ni tak lama . AMIN .




وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

0 comments:

Post a Comment

 
copyright@segala yang tercatat di atas semuanya Hak milik Cik wAniE