Makan
tido makan tido , bile tengok je kalendar . eh , dah masuk bulan JUN ??? tak
sedar masa berjalan . cuti pon dah masok minggu yang kedua . Cuti sekolah ni
anis banyak habiskan masa kat rumah je . nak hilangkan bosan , apa lagi ,
berblogging , facebooking , and novelling . cewahh takde lah sampai buat novel
. baca novel je sudah . setakat ni anis dah habis baca 3 buku . memang seronok
. HEHEHE . bukan apa , seronok berangan jek . and kadang-kadang nangis
sorang-sorang . maklumlahh feeling terlebih . HAHA . *gedik
Selain
baca novel , anis habiskan tengok cerita RUNNING MAN . copy dari kengkawan je
reti tapi tengok nye tak menyempat . mana tak nye , satu episode dah makan masa
1 jam lebih . kalau hari sekolah memang tak ler nak tengok . kalau tengok ponn
sempat tengok satu cite jek . cuti sekolah nilah masa yang terbaik . lagi-lagi
dah lepas exam ni . memang FREE full time . huhu . sebab ape ? sebab dah tutup
buku sem 2 . HAHAHA . happy teramat sangat . tapi naik cuti ni kene bukak buku
sem 1 balik , sebab nak repeat paper ekonomi . hmm , malasnye lahai . nak
taknak kenalah jugak . nasib baik satu paper je nak kene repeat .
1 JUN 2013
SABTU
Okay , ada apa dengan tarikh ni ? masa ni , anis
dengan shahirah (bestie masa darjah 6) pergi jalan-jalan kat KL . saje-saje je
nak habiskan masa cuti ni . pegi satu hari je . balek hari . even cuaca panas ,
tapi tetap semangat bershopping . *perempuan lahh katakan . cewahh ! semua sekali 5 orang yang join ekspedisi ni .
Gerak dari bus stand BP pukul 8 pagi . so ,
sampai sana pukul 11 pagi . kitorang turun kat TBS . sampai je sana , first
thing dalam kepala , nak MAKAN ! taktahu
kenapa lapar sangat masa tuh . yang lain2 pon sama jugak . makan punya makan ,
jam dah pukul 12 setengah . then , gerak pegi Masjid Jamek naek LRT . first
time anis naik LRT , teruju , jakun , semua perasaan bercampur baur . tapi pape
pon best sangat !
Dah beli token , perjalanan pegi sana dalam 10
minit je . ingatkan lama sangat . HEHEHE . okay , dah sampai sana of course
lahh shopping kan ? benda pertama anis cari ialah tudung . kalau nak compare BP
dengan KL . rasa nya , macam lagi murah kat KL . tudung yang kat BP rm10 kat
sana just rm5 . bayangkan betapa jimatnya duit kat sana . anis beli 5 helai .
PUAS HATI ! barang kat sana murah , Cuma makanan je mahal . tu lah perbezaannya
.
Then , pegi cari baju raya pulak . *lama lagi
kot nak raya ! hehe .
mula-mula bersemangat jugak . tapi pusing punya
pusing , masing2 dah kepenatan . last2
beli bahan baju je . naseb baik CANTIK . huhuhu . nantikan baju raya anis kay ?
jeng jeng jeng ~~ HAHA .
Shahirah beli baju jugak . tapi yang dah siap
lah . dapat rm55 sepasang . memang
cantek . tak rugi beli .
Jalan-jalan kat area Masjid Jamek tuh sampai
pukul 3 lebih . so , pastu dah penat sangat , shahirah ajak lepak kat Time
Square pulak . pergi sana naik monorel . masa tuh memang tengah ramai orang .
nak masuk dalam tuhh punyalah susah . naseb baik takde yang tertinggal . shahirah
cakap baju2 kat sana murah2 . anis apa lagi , bersemangat balek . haha .
ternyata harganya amat memberangsangkan . baju yang kat BP rm30 . kat sana rm20
dah boleh dapat . tapi kebanyakannya , rm10 dah boleh dapat sehelai baju .
berbaloi kan ??
Kat sana tak beli pape sangat . tapi bolehh la .
dah penat pusing2 , tengok orang men game kat time square tuh . sangat teruja
tengok roller coaster kat situ . seram pon ada jugak . *kat kepala dah
terbayang cerita final destination . apa seyh .
Then , solat jamak sekejap . jalan2 lagi untuk
kali terakhir and naik semula LRT nak balek ke TBS . sampai sana je . lapar
balek . tiket bas pukul 8.30 malam , so sempatlahh nak mencekik sekejap . dalam
bas semua kepenatan . tapi anis tak boleh nak tido , kenapa ntah . sampai bus
stand BP pukul 11.30 malam . my hubby yang amek . sampai rumah pukul 12.30 .
fuhhh !! memang penat . kaki sakit sangat , macam nak patah je tulang ni .
Kalau anis dapat sambung degree kat KL alangkah
seronoknya ! sangat awesome . every weekend anis akan jalan2 . HAHA . belom2
dah berangan . insyallah , time muda-muda ni lahh nak explore benda2 baru , dah
berusia nanti penat pulak . aceceh . setakat ni je entry kali ni . hope enjoy !
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ
وَبَرَكَاتُه
amboi hang anis,jauh kau merantau yek.cam 1 bp dah habis pusing..:D
ReplyDeleteeh ?? hehehe . bukan selalu ponn jalan2 . dah habes pekse kan :)
ReplyDelete