Thursday, 30 May 2013

30MAY2013



Cak !!! hehe . siap ada kad lagi . kad apa ni ? just for kenangan . last minute anis buat .
Cik dilot punya pasal lah ni . suke bagi tau last minute . sabar jelah .
Today is the last day in May . betapa cepatnya masa berjalan . eh , masa boleh
jalan ea ? HAHA . okay tak kelakar . entry kali ni just nak story about friends .
semalam kitorang hang out sama2 . last day kononnya , sebab salah sorang dari geng kitorang
nak pindah dah . dapat UITM SERI ISKANDAR , PERAK . anis ponn dapat jugak kat UITM SEGAMAT .
tapi memandangkan tinggal 1 semester je lagi , rasa sayang pulak kalau pindah .
okay . tutup cerita .

sekarang anis nak cite pasal sesi pertemuan semalam . siap nangis-nangis lagi .
ceh takde lah . hihihi . punyalah susah si dila dengan dalilah plan .
nak kumpul cukup 6 orang bukan senang . ada je yang ada hal time nak jumpe . tapi
at last dapat jugak lepak 6 orang . walaupon banyak jugak problem yang timbul .
mula-mula kitorang hang out kat pantai sungai lurus dulu .
makan kek coklat yang ada ‘seseorang’ sudi belanja . HEKHEK .
satu jam jugaklahh lepak kat situ . nasib baik lahh cuaca menyebelahi kami .
even , dah guruh banyak kali . ALHAMDULILLAH tak hujan .
bual punya bual , jam dah pukul 6 . plan seterusnya belom berjalan lagi .
actually , kitorang ada plan nak bagi patung bentuk ulat . ulat ? HAHA .
comel tau , tapi anis tak amek gambar lahh pulak . rugi betol . patung tu buat pelok memang best .


 Ni pic masa menikmati kek . maaf , takde gambar kek . HEHE . tapi tak cukup sorang ,
emm takpe lah . okay . mase on the way nak pegi kedai makan tu lah , kitorang bagi patung tu .
bayangkan bawak patung masa naik motor . ADUHAI , klakar betol .
kenangan betol semua ni .
kitorang plan pegi makan-makan lepas dari pantai tuhh . sorang rm10 . okay lah tu .
sharing is important . kitorang pilih makan set sebab dapat banyak .


Bincang punya bincang . kitorang pilih set 3 .
Siakap 3 rasa , tom yam campur , daging merah , capcai and telor dadar .
Memang kenyang . semua dah susah hati sebab hujan dah mula turun terutama sekali ama .


Anis pon susah hati jugak sebenanya . so , semua orang makan dengan laju .
ADOI , apa seyh . CHOIII . *trademark adell .
HAHAHA . okaylah . lepas makan anis dengan adel gerak balek dulu . sebab nak tengok
cerita TEDUHAN KASIH . masing-masing taknak ketinggalan cerita tuhh .

kesimpulannya , semua yang di plan berjalan dengan lancar . dan ain suka dengan hadiah yang
kitorang bagi . MISSION COMPLETED !

sorry , pic bawah ni tak cukup sorang . sebab dia ada hal , datang lambat .



وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
  

..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Wednesday, 29 May 2013

CARLO RINO !

hai . apa khabar semua ? harap sihat selalu . apa cerita cuti sekolah ni ? anis setakat ni dok rumah jek . takde watpe sangat . carlo rino ? hmm , itu beg tangan kegemaran anis . kenapa carlo rino ? 
sebab design nye TERAMAT comel . i fall in love with that bags !
masalahnye sekarang i'm still a student and tak mampu lagi nak beli . just wait and see ! i will buy it when i got my 1st salary . owhh , bile la saat tu nak tibe . i just can't wait .
masa jalanjalan kat BPM aritu hanya mampu menjeling dari luar jek . kalau masuk ponn buat sakit hati
sebab memang tahu tak boleh nak beli . harganya memang sangat cantek !

tengok jela antara keluaran carlo rino bawah ni . aww ! so awesome . boleh cair bile  tengok .
full of jealousy ! hanya mampu tersenyum dalam duka . hahaha .






mama mia !! so beautiful ! fuhh . sabar jela cik wanie . someday , u'll get it .
cehh . ayat nak sedapkan hati jek . kan best kalau birthday dapat present ni . haha .
wahh sape yang sudi bagi cik wanie beg ni ek ??
*tangan kat bahu

ok lah sampai sini cik wanie nak berceloteh . nak luahkan perasaan terpendam .
whatever it is . CR ! WAIT FOR ME . ^_^

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه




..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Friday, 24 May 2013

ADAB BERHUTANG



Dalam Islam, hutang merupakan suatu amanah besar yang wajib dilunaskan, ia bagi memenuhi tuntutan dan menjamin hak sesama manusia. Kegagalan menyempurnakan hutang bermakna menafikan hak sesama manusia yang pastinya mengundang kemurkaan Allah SWT. Berdasarkan kepada maksud ayat 23 hingga 39 surah Al-Isra’, jika seseorang tidak membayar hutang, tiba-tiba ia meninggal dunia maka langit dan bumi tidak akan menerima rohnya walaupun roh itu milik seorang yang berjihad.
Dalam sirah Rasulullah SAW pernah Baginda duduk semasa jenazah diletakkan dihadapan Baginda untuk disembahyangkan. Baginda SAW mengangkat kepalanya ke langit, kemudian menundukkan pandangannya dan meletakkan tangannya di atas kening dan bersabda:Subhanallah… subhanallah, betapa beratnya yang diturunkan.” Seorang sahabat Ibn Jahsh berkata, Kami memperhatikan keadaan Rasulullah itu tetapi kami diam, sehinggalah keesokan harinya saya bertanya kepada Baginda, “Apakah keberatan yang diturunkan itu?” Rasulullah lalu menjawab, “Hutang! Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, jikalau seseorang terbunuh di jalan Allah, kemudian hidup, kemudian terbunuh, kemudian hidup, kemudian terbunuh, sedangkan ia mempunyai hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sehingga dia menunaikan hutangnya.” (RiwayatAn-Nasai).
Sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud: Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah dirimu daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas. (Riwayat al-Baihaqi)
Amalan berhutang tidak sepatutnya dijadikan budaya dalam masyarakat kerana akan timbul banyak keburukan. Apa yang jelas, pengurusan wang secara bijak memberi kesinambungan hidup kita bagi tujuan hayatan tayyibah (kehidupan yang baik) serta bebas dari cengkaman hutang. Langkah mengurus kewangan secara berkesan dapat membimbing kita ke arah matlamat yang diidamkan dan membuktikan penghargaan kita terhadap sumber kewangan yang sedia ada selain menjamin keselamatan diri daripada kefakiran dan kekufuran. Mimbar ingin menegaskan bahawa agama Islam telah menetapkan beberapa peringkat keperluan bagi umatnya:
Pertama al-Dharuriat iaitu keperluan yang mendesak,
Kedua: al-Hajiaat iaitu keperluan yang dihajati,
Ketiga: al-Thasiniat iaitu keperluan yang lebih baik dan
Keempatal-Kamaliat iaitu keperluan yang lebih lengkap.
Namun begitu, dalam mengurus kehidupan kita, Islam mewajibkan kita mengatur perbelanjaan kepada perkara-perkara asas dan keperluan yang benar-benar mendesak iaitu al-Dharuriat seperti makanan dan minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran.
Menurut Iman as-Syatibi bahawa: “Al-Dharuriat adalah sesuatu yang harus dilakukan agar mendapat kemaslahatan di dunia dan akhirat, jika al-Dharuriat ini tidak dilaksanakan maka kemaslahatan itupun tidak akan ada tetapi yang akan timbul adalah kerosakan, kesengsaraan dan kerugian yang besar.”
Dalam hal ini juga Prof. Dr. Yusuf Qardhawi ada mengatakan bahawa: “Sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu’), dan rukun.”
Sikap suka berhutang memberi petunjuk bahawa masih ada segelintir yang gagal mengawal keinginan nafsu dalam urusan kewangan. Allah SWT pernah mengingatkan kita tentang kitaran hidup, ada masa kita senang dan ada masanya kita susah. Apabila kita dalam keadaan senang, kita diminta berjimat cermat dan mengingati keadaan golongan yang kurang dari kita. Sebagai umat Islam kita dituntut agar mesyukuri segala pemberian dari Allah SWT. Kita hendaklah mengurus segala perbelanjaan untuk keperluan hidup dengan sebaik-baiknya setiap masa. Sekiranya kita mengabaikan perkara tersebut dikhuatiri kesan daripada kelalaian kita menguruskan perbelanjaan hidup boleh menyebabkan kita meninggalkan generasi yang mundur di kemudian hari serta menyebabkan negara kita berada dalam mundur dan terkebelakang.
Sedarkah kita, kemewahan yang kita kecapi ini adalah juga menjadi hak orang lain dan negara. Sekiranya kita membayar hutang sebagainya, sudah pasti hasil pungutan itu dapat digunakan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan rumah golongan fakir dan miskin, pembiayaan jentera pentadbiran negara, menyedia dan melengkapkan infrastruktur kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya. Memulih sesuatu situasi selepas rakyat ditimpa bencana seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, dan tanah runtuh dan juga sebagai keperluan Jihad Fi Sabilillah.
Menurut Imam Muslim Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: Sesiapa yang mempunyai lebihan kenderaan, maka hendaklah ia memberi kepada orang yang tiada kenderaan.  Sesiapa yang mempunyai lebihan dari bekalan makanan, maka hendaklah ia memberi kepada orang yang tiada bekalan.

sebagai manusia yang beriman dan berintegriti marilah sama-sama kita mengamalkan sikap berjimat cermat serta menjauhi sifat suka berhutang  agar mendapat keberkatan dari Allah SWT. Malahan dengan mengamalkan sikap berjimat cermat ia akan menjadikan kehidupan masa hadapan lebih terjamin. Kita juga akan terselamat dari muflis akibah hutang dan berbelanja berlebihan menurut hawa nafsu serta kita juga akan mempunyai simpanan yang dapat menjamin hidup kita disaat menghadapi kesusahan. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Furqaan ayat 67:
 25:67
Maksudnya: Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan perbelanjaan mereka adalah betul sederhana .

sama-samalah kita bermuhasabah diri . 
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

GOODBYE SEM 2 !!


Okay , menjelma kembali setelah berehat selama sebulan. Cehh , berehat ke ?? 
huhu… Actually, anis busy study untuk exam semester 2 ni . Dua hari je exam, macam kelakar kann exam 2 hari je.  pengajian am , geografi , sejarah and ekonomi . memang sikit subjek nya tapi nak 
wat revision macam nak menangis air mata darah rasanya especially ekonomi and sejarah .
tiap2 malam study jek .. tapi alhamdulillah semua dah berakhir . SELAMAT TINGGAL SEM 2 !! Hehehe.. memandangkan dah habes exam ni , rasa lega yang teramat sangat . 



Alhamdulillah dah selamat 2 sem . tinggal sem 3 pulak. Harap dapat naikkan pointer sem 1 yang tak mencapai target . Anis dapat tawaran UITM . saje mohon upu aritu, tak sangka pulak dapat . tapi nak buat camne . takkan nak tinggalkan form 6 yang tinggal bape 1 sem je ni . rasa macam tak berbaloi pulak . tapi pape ponn anis ucapkan good luck to RUHAINI . semoga dapat menjalani kehidupan yang lebih baik kat sane . jangan lupakan kitorang ! gonna miss you ! hihihi. Excited pulak dah habes exam . 
hmmm , nak pegi mana eak cuti ni ?? dalam rancangan nak pegi KL . siapa nak ikot ? 
harap semuanya berjalan lancar . 8 hb ada perjumpaan pengawas lahh pulak . 
hmm , ada2 jela . nak tak nak kena lah pegi jugak . HAA . kepada para pengawas yang belomm bayar duet baju SILA BAYAR YE . penat akak mintak , korang asyik tak bawak duet je . 
hari2 cik raudhah claim duet kat akak . fuhh penat3 ! sila berikan kerjasama okay !

Okay tutup cerita , sekarang nak cite pasal Hari Guru pulakk . sebenarnya , dak2 kelas anis dah plan dah nak buat persembahan masa hari guru tu . tapi memandangkan ada salah faham , terpaksa CANCEL kann . memang terkilan jugak . tapi masa hari guru tu , CIK DILOT tibe2 dapat idea and paling bestnya kitorang budak form 6 buat persembahan on the spot and tak dirancang . menjadi pulak tuh . memang seronok gile . yang paling best pengetua SUKAA ! hehehe . tak sia-sia .


Nak cite pasal exam semester 2 ni !!! hihihi . soalan sem 2 ni ..Alhamdulillah masih boleh senyum lagi masa jawab kalau nak dibandingkan dengan sem 1 , menangis ! tapi selagi result tak keluar tak boleh happy2 sangat . hmm , naik cuti ni pikir pasal exam MUET pulak . seram rasanya . harap dapat buat yang terbaik and soalan listening tak susah sangat . AMINN .

that's all for today , enjoy your holidays and dont forget to study especially to PMR and SPM candidate !

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Saturday, 11 May 2013

SELAMAT HARI IBU !


(..Selamat hari ibu..)
Hari esok merupakan hari istimewa buat semua insan yang bergelar ibu..Selamat hari ibu!! Khasnya buat ibuku Puan Rashidah binti Daud. Love you so much!!
Entry kali ni anis ingin kongsikan sedikit tentang ibu kepada rakan2 sekalian..
Perasankah kita, sewaktu kita masih kecil kita rasakan ibu kitalah orang yang paling garang di rumah. Pantang buat kesalahan, ibu akan marah kita.. Cubitan, rotan dan pukulan si ibu memang lumrah ketika kita berusia kanak-kanak..
Apabila kita meningkat remaja, berada di sekolah menengah, perasankah kita akan perubahan sikap ibu kita? Adakah si ibu akan merotan kita bila bergelar remaja?? Sudah tiada bukan..Ibu kita akan menasihati kita sekiranya kita membuat salah. Merotan bukan lagi kaedah yang ibu gunakan. Kerana si ibu hormat perasaan anak-anaknya. Namun adakah kita mengerti penghormatan ibu berikan? Ada anak2 hari ini, yang bergelar remaja, apabila di nasihat mereka tidak endahkan. Mereka rasa mereka dah besar! Dah cukup mengenal dunia!! Wah! Hebat anak2 hari ini. Sanggup membelakangkan nasihat si ibu yang lebih makan garam tentang kehidupan ini.
Natijahnya? Lihat lah dunia, gejala sosial yang melanda!! Kelahiran anak luar nikah yang berleluasa..Jangan salahkan ibu yang mengandung, tapi salahkan diri yang ego dan tidak mendengar nasihat yang baik!!
Tahukah kita,
Apabila si ibu semakin berusia, si anak-anak semakin meningkat dewasa, sudah mampu berdikari.. Si ibu mengharapkan bantuan si anak membantunya. Bukanlah bantuan wang ringgit yang diperlukan, tetapi kasih sayang anak-anak yang di inginkan. Apabila di dapur, jika sewaktu kita kecil si ibu akan memasak untuk anak2 mereka. Namun setelah anak-anak dewasa, si ibu inginkan si anak bersamanya di dapur memasak bersama. Kadang kala si ibu inginkan si anak sendiri masak untuk mereka pula..Adakah kita perasan akan hal ini rakan-rakan sekalian??
Walaupun si ibu tidak berkata apa-apa apabila si ibu masih memasak berseorangan untuk anak2nya yang dah dewasa. Namun dalam hatinya adakah kita tahu perasaannya?
Tahukah sahabat sekalian, hati si ibu semakin sensitif apabila semakin meningkat usianya..Si ibu lebih mesra untuk berbual bersama anak-anaknya ketika ini dari memberi arahan2 kepada anak-anaknya kerana si ibu tahu, anaknya sudah dewasa..
Semperna hari ibu pada hari esok , mari sama-sama kita menyelami hati ibu kita..
Berikan yang terbaik buat mereka. Hormati mereka. Kasih mereka..Siapa kita tanpa ibu dan bapa kita.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Friday, 10 May 2013

Solat Sunat Hajat

entry kali ni anis just nak share mengenai solat sunat hajat . Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada allah s.w.t dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yg tidak diingini agar apa yg dihajati dikabulkan . 

Rasulullah s.a.w bersabda : "sesiapa yang mempunyai hajat kpd allah s.w.t atau kpd seorang manusia , maka hendaklah ia berwuduk dgn sebaik-baiknya kemudian dia bersolat 2 rakaat " (Riwayat At-Tarmizi) 
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.

Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.

Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.


 FADHILAT SOLAT HAJAT

  1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.



PANDUAN SOLAT HAJAT


Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.
Alhakim berkata,Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”
Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.

 CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT


Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu.  Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:

1.  Lafaz dan niat:



Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.


2.  Bacaan selepas Al-Fatihah


Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]


Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”

*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’.


3.  Membaca Tasbih


a.  Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi danbacalah tasbih ini 41 kali:
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.


b.  Atau Tasbih berikut 1 kali:


4.  Wirid Selepas Solat Hajat


Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:

       a. Istighfar (10 / 100 kali)
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.

      b. Zikir
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.

     c.  Selawat (10 / 100 kali)
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.


5.  Doa Solat Hajat

  
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. 
Selamat Beramal…!

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

Tanda-tanda Kiamat Kecil





Entry kali ni , anis just nak kongsi sikit pasal tajuk ni . Kita kene ingat , kita sudah pun hampir kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & makjuj . Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat 'sehari sama seperti sebulan' iaitu di luar dimensi masa manusia .Manakala Yakjuj dan Makjuj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah s.w.t) telah runtuh di Georgia . Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenaz Jews & Zionist ! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh nabi Isa a.s . Hanya 8 tanda2 besar kiamat yang masih tinggal. Allahu a'lam .
Di saat kita berada dalam lena yang panjang , ketika itulah kiamat akan datang , dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga2 . Maka , ambillah peringatan , kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka2 yang berfikir . 
1)Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik katanya , Rasulullah s.a.w telah bersabda : " saya menghitung 6 perkara menjelang - hari kiamat . Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan baitulmuqaddis. " - Sahih Bukhari 
2) Zina Bermaharajalela
" Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk , yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai) . Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang " – Sahih Muslim



3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Sumber: Islamic Eschatology


وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

tips jika tak dapat jawab masa exam !!



Assalamualaikum semua (^__^)


Entry ini tercipta gara-gara tak dapat nak jawab exam penuh dengan keyakinan diri semasa trial lepas.


Dalam entry ini anis nak bagi tips yang lebih tepat dipanggil cara-cara untuk mengelakkan diri dari terus tak dapat jawab dalam exam. Tips ini kurang berkesan kalau anda tak putus harapan 100%. Maknanya kena putus asa 100%, baru boleh ikut tips ini yer. Ngeh ngeh ngeh..


TIPS 1 : Pejam mata , tarik nafas dalam dalam dan tahan dalam 3 saat then buka mata perlahan-lahan. Cara ini untuk kurangkan stress. 

TIPS 2 : Berhenti jawab exam, tenangkan fikiran, tengok orang sekeliling then sambung jawab semula. 

TIPS 3 : Pergi tandas, basuh muka atau buang air besar atau air kecil. Tenangkan hati then masuk dewan exam semula, sambung jawab exam.

TIPS 4 : Baca surah al-insyirah 3 kali then insyaAllah boleh ingat apa yang tak ingat itu.

TIPS 5 : Bawa gula-gula masuk dalam dewan exam untuk hilangkan ngantuk.

TIPS 6 : Tidur sekejap. Tips ini paling bahaya sebab takut terlena sampai habis exam. Haha!!


TIPS terakhir, kalau semua tak jalan gak, hentam je la :p

Rasa macam nak relaks then suruh orang tolong carikan kutu je. hahaha! 
STRESS!



P/s : 4 papers in 21st and 23rd MAY. ganbate!!!!!

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه




..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

 
copyright@segala yang tercatat di atas semuanya Hak milik Cik wAniE